Saturday, November 1, 2008

Dah masuk ke bulan yang ke sebelas dalam tahun ini. Memang tak dapat diperjelaskan lagi masa berlalu dengan begitu pantas. Untuk bulan ini saya akan kerja secara shift dengan RAI (dah tiga bulan berturut-turut saya satu shift dengannya, saya tak paham kenapa) dan uncle yussof.

Seperti yang saya jangkakan, rehearsal untuk berita menggunakan mesin CLARITY tidak dijalankan. Bagaimana nak menyediakan?! ,sedangkan penjelasan yang diberi oleh si dia pun tak berapa jelas. Harus dipertangguhkan lagi lah.

"Ada rehearsal untuk Bulletin Sukan Isnin ani. Jangan lupa datang ah"
"Aku mana datang ni"
"Eh, kerja shift apa kan ko hari Isnin ani?"
"Aku off day"
"HA! (terkejut) Iawah?"
"Ah wu, off day ku"

Tidak lam kemudian setelah setengah jam berlalu.

"Datang ah, Hari Isnin. Untuk rehearsal Bulletin Sukan"
Adui~ bukankah dah saya terangkan saya off day? Dsuruhnya datang lagi. Mahu jua ku berehat selepas kerja shift malam esuk. Tak apalah saya fikir sejenak seketika itu. Mungkin ini adalah hidup mencari nafkah. Terus saya menyediakan segalanya untuk rehearsal hari Isnin yang akan datang ini.Sedang saya menyediakan bahan-bahan rehearsal.....

"Piao, ko naikkan superimpose kah?"
"Ah wu, sedang membuat untuk yang lain jua. Pasal lau nda dinaikkan terkena ticker."
"Eh ah wu ah, terkena jua tu ticker. Lupa ku kan bagitau ko."

Tidak lama kemudian dia pun balik. Jam belum lagi menunjukkan masa untuk balik dan tiba-tiba diganggu oleh deringan telfon ofiz. Memang lega selepas menjawab panggilan dari seksyen Sukan. Rupanya rehearsal yang akan datang ini telah dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Teapi tak apalah~ yang penting dah selesai segalanya untuk rehearsal. Bila2 masa saja pun dapat dimulakan.

GOSH~ I need 'you'. You're my medicine. I missed you so much, dear

0 Comments:

Post a Comment