Thursday, May 7, 2009
Lega rasanya pada saat ini. Segala tekanan seolah-olah hilang dengan begitu saja. Baru-baru ini asyik kerja dari pagi sampai malam hari. Mula-mula tak biasa, tetapi apalah daya~ Banyak perubahan secara mendadak hinggakan kerja pun semakin bertambah.
Mungkin pada pandangan orang lain, diri ini bagaikan si bodoh yang tak mengenal masa bila untuk balik beristhirihat dari kerja. Ada juga yang menggangap seolah-olah untuk menarik perhatian dari orang atasan untuk mendapat faedah yang lebih baik. Tapi semua sindiran-sindiran harus pura-pura tak mendengar buat masa ini. Pura-pura masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Memanglah kamu mempunyai pandangan masing-masing, semuanya saya terima. Saya terima dengan hati yang terbuka. Mungkin saya boleh menggunakan sindiran-sindiran tersebut untuk menyemerakkan lagi semangat saya untuk bekerja. Apa yang kamu tahu? Saya sedang berjuang untuk masa depan saya sendiri di sini. Tak ada masa nak melayan semua karenah kamu itu.
Kekadang rasa nak putus asa saja. Tak dapat menerima segala tekanan yang dihadapi. Seolah-olah nak menamatkan segalanya dengan satu noktah. Kan bagus jika segalanya dapat diselesaikan seperti bernafas saja. *Tarik nafas dan menghembus nafas. Begitu saja*
Saya berterima kasih atas nasihat kawan lama saya ini. Nasihat inilah yang mengembalikan semangat saya pada saat saya hampir "jatuh". "Bila kamu rasa nak putus asa, ingat kembali kenapa kamu bertahan begitu lama sehingga kini?"Dah lama saya tak berjumpa dengannya lagi. Semoga dia sihat selalu tak kira dimana dia juga.
Bodohnya saya berfikir begini pulak. Mungkin saya agak penat dah. Saya memang tak mempunyai hidup yang senang sejak kecil lagi. Tak boleh menyalahkan "dia" sepenuhnya, saya masih lagi menghormati dia walaupun dia tidak menjalani tanggungjawabnya dengan baik. Segala kesusahan yang pernah dialami dan kesalahan yang pernah lalui dengan sendiri, gunakanlah sahaja sebagai panduan hidup seharian.
Terima kasih atas sindiran-sindiran yang diterima tetapi ini hidup saya dan bukan hidup kamu. Lambat laun saya kena mengharunginya dengan sendiri juga. Hingga sini sajalah, saya sangat penat dah. Mahu bersantai~
