Saturday, August 8, 2009
"Happy jua ko ani eh"
"Adakan? cam biasa saja jua."
"Nampak kali ah. Ceria saja"
*Menghentikan perbualan dengan senyuman*
"Adakan? cam biasa saja jua."
"Nampak kali ah. Ceria saja"
*Menghentikan perbualan dengan senyuman*
Mungkin nampak gembira kat luar, tetapi sebaliknya adalah sedih. Baru-baru lapas jumpa aunty ku selalu terfikir kehidupan pahit yang lalu walaupun kehidupan sekarang boleh dikatakan ok ok saja. Cukup makan cukup pakai.
Baru-baru ani terasa kan jumpa ayahku walaupun tuk sekelip mata sahaja. Tuk sekelip mata pun sudah memadai lah. Tuk menyenangkan hatiku ini. Hari atu aunty cerita yang ayah singgah ke kedainya tuk bertanyakan khabar ku. Kononya tuk pengetahuan niniku. Aku kehilangan ayahku pada umur 10 tahun aku. Masa itu keadaan keluarga porak peranda. Keputusan sekolahku merosot dengan teruk sekali secara mendadak. Apa sebabnya berlaku huru-hara ini? Sesuatu yang tak jarang didengar lagi. Berfoya!
Pergaduhan berlaku untuk satu jangka masa yang agak panjang diantara kedua ibu-bapaku. Setelah berfikir panjang, ibuku pun mengambil keputusan tuk bercerai dengan ayahku. Aku masih lagi ingat cakap ayah saya buat terakhir kali saya berjumpa dia dekat balai polis.
"Sebiji garam pun nda ku kan bagi rah kamu", sambil menunjuk kami adik-beradik dengan nada yang marah. Pi apakan daya kami buat masa itu. Semua adik-beradik masih lagi bersekolah.
Dari situ ibuku kena kerja hingga ke tengah malam untuk mencari makan dan menyara kami tiga orang adik-beradik. Buat satu masa tragedi melanda keluarga kami. Ibuku menghadapi kanser otak. Abang kena berhenti belajar dan bekerja di kedai amit. Kakak sedang menyambung belajarnya di Singapura. Sekali lagi hampir-hampir saja hancur masa depanku. Hancur dengan begitu saja. Pada masa itu terfikir jika ibuku tidak dapat mengharunginya aku pun nda mahu hidup lagi di dunia ini.
Tetapi syukur ibuku selamat. Mulai masa itu, setiap kali cuti sekolah aku akan cuba mencari kerja sambilan. Dengan tujuan untuk tidak menyusahkan ibuku. Mahu mencari duit dengan dua tangan sendiri ani. Mahu ibuku hidup senang, di rumah berehat nda payah bersusah-susah kerja untuk meyara kami adik-beradik lagi.
Kerja sebagai pencuci kereta, pencuci longkang, membuang sampah, penjaga kedai semua pernah sudah merasainya. Kesusahan memang nda dapat dielakkan lagi. Memang sudah sebati sudah dalam hidup ani. Makan tengah hari, murtabak sebiji sama segelas air sejuk sahaja. Kekadang rela di biarkan perut kosong perbaik hingga malam kerja. Sampai rumah baru makan. Balik dari kerja nunggu orang ambil. Kalau nada kena tunggu ibuku habis kerja baru ada kenderaan tuk balik. Tidur skajap bangun, esuknya kerja lagi.
Rasa tuk kan berseronok langsung tak pernah terlintas dalam fikiran buat masa atu. Sebelum pejamkan mata tuk menamatkan hari yang penat, mencuci segala pinggan mangkuk yang ada d dapur, menyuci segala pakaian yang belum di cuci, menereka pakaian, melipat baju2, menyapu lantai.
Semuanya untuk satu tujuan sahaja. Nda mahu ibuku esuk bangun pagi membuat semua kerja2 rumah tersebut. Kalau boleh selesaikan semua kerja rumah dahulu sebelum ibuku membuka matanya tuk menjalani harinya yang baru. Selesai semua barulah berani limpangkan badan di atas katil yang sederhana tuk berehat.
Dari bermula bekerja, tidak berani langsung tuk berminta sesuatu untuk dibelikan dari ibuku. Kekadang ibuku membagi duit untuk belanja pun aku menolaknya hingga ke hari ini. Antah ah, sudah menjadi kebiasaan untuk nda menerima barang yang diberi oleh ibuku terutama sekali wang tunai. Dalam keadaan tertentu sahaja baru ku terima.
Dalam kesusahan pun tak akan minta tolong dari ibuku. Akan berusaha bermati-matian mencari penyelesaian. Gaji akhir kluar, ikat saja perut, nda makan, minjam duit dari kawan jika harus tepat masa membayar balik. Gaji kluar semua di bagi rah ibu hanya tinggalkan sedikit duit tuk diri sendiri. Cukup tuk makan sehingga menerima gaji seterusnya.
Kenapa sanggup ikat perut dari petang hingga ke malam? Mahu kumpulkan duit untuk membeli kad telefon. Nda mampu beli mobile langsung buat masa atu. Ada kad telefon awam sudah rasa bersyukur dah. Ingat masih kena dial 18005555 and then masukkan nombor kad and so on and so on baru tah dapat mendial.
Orang kai handphone, liat saja. Apa boleh buat? Nda terdaya tuk membalinya. Akan sentiasa ingat nasihat mama. "Jangan pakai topi yang besar dari kepala sendiri" - Jangan sesekali belanja rah barang yang diri langsung nda mampu perolehi. Karang bertambah susah rah diri sendiri saja.
Some shits are just so hard to swallow,
But I can't just sit back and wallow,
In my sorrow I know one fact,
Gotta take these cards myself and flip them,
Don't expect no help
Till here then, I want to close my eyes
Happy Birthday Mom, I'll love you always
