Monday, October 20, 2008
"Pertama kali" Ya, memang banyak pertama kali dalam hidup saya kelmarin. Bermula dari pagi hari hingga ke pagi hari. Semuanya bermula begini~
"Bro bro~"
Saya dibagunni dengan tolakan lembut yang berulang-ulang kali dari abang saya.
"Napa?"
Saya menjawab panggilan abang saya sambil bangun dari tempat tidur saya.
"Pukul brapa ko kerja karang?"
"Pagi. Shift pagi ku hari ani."
"Oh~ Dapat ko hantar aku?"
Dapat dirasai yang abang saya sedang mengalami kesusahan untuk bernafas. Tanpa ragu-ragu saya bagun dari sofa terus ambil kunci kereta.
"Bah aku saja hantar ke hospital"
Terus saya menghantar abang saya yang demam teruk ke bahagian emergency di hospital Tutong. Antara demam-demam yang pernah abang saya, inilah yang pertama kali dia mempunyai sesak pernafasan. Setelah mendapat rawatan dan ubat-ubat, kami pun bersarapan di salah satu restaurant Tutong sebelum menuju balik ke rumah. Abang saya berehat selepas memakan ubat, saya pula menyiapkan diri untuk bekerja. Menghantar pesanan singkat kepada rakan sekerja, memberitahu yang saya akan lewat sampai ke ofiz.
Sampai di ofiz, rakan-rakan kerja yang lain sedang menghias2 ofiz. =) Ada pertandingan hiasan-hiasan antara department-department. Ikut menolong menghias juga, kan tetapi ada juga kerja yang harus disiapkan. Habis saja kerja, rasa hendak terus menolong menghiaskan ofiz lagi, tetapi hati juga agak risau tentang abang yang keseorangan di rumah.
Dalam perjalanan balik, singgah ke kadai restaurant yang berdekatan untuk membeli dua bungkus nasi katok. Perut pun ada rasa lapar sudah. Planning satu bungkus untuk abang yang satu lagi untuk saya. Sampai saja rumah, rupa-rupanya abang sedang makan bubur sambil melihat TV bersama teman wanitanya.
Senyum2 masuk rumah terus menuju ke dapur. Lingkup! Dua2 bungkus lah ni aku makan. Pun buleh juga lah, perut pun dah mengadakan rock band concert juga dah. Terus lah menjamu nasi katok di ruang dapur. Tidak lama kemudian, diganggu oleh deringan mobile.
"Bhapa ko?"
"Nada pa2. Di rumah saja. Makan sa ani."
"Owh~ Habis makan karang, swimming eh."
Rasa agak keberatan juga untuk menolak ajakan cousin saya kali ini. Sebab beberapa minggu yang lepas, pun dia asyik minta saya denggankan swimming, tapi saya memang tidak dapat sebab ada hal2 yang ridak dapat dielakkan.
"Bah, kajap lagi lah ku jalan ku packing tarus"
"Tarus ngail tani pas swimming la"
"Ngail? Bnarkah ni?"
"Ah wu ngail."
"Bah2, aku packing barang ku. Jumpa saja di rumah mu."
Ini kali pertama ni yang cousin saya membawa ngail. Selalunya kalau bukan swimming, jalan2, lepak tau pun cerita2 kat biliknya aje. Habis saja packing baju2 sama barang ngail dari stor, trus saya menuju ke rumah cousin saya di perpindahan kampung rimba. Tak tahulah, nasib saya tak baik atau nasib cousin saya tak baik. Baru saja sampai rumahnya, hujan pun mula turun dengan lebatnya sekali. Hehe, hampa cousin.
Dia membawa diri dengan bermain game, saya pun limpang atas sofa chatting. Agak2 dalam stangah jam kemudian, hujan pun mula reda.
"Bah laju~" Dengan gembira dia mengambil begnya yang berisi kan baju. "Swimming~"
Tanpa berkata apa2 lagi, saya terus menghidupkan kereta saya. Dalam perjalanan menuju ke kolam renang stadium. Tiba-tiba~
"Eh, ko ada bawa barang kail mu kan?"
"Ada, ko jua yang nyuruh tadi."
"Bah ngail saja tani kali. Ani galap jua udah hari ah."
"Aku mana saja. Bah ngail tah."
Mungkin salah satu hari yang tak akan saya lupakan. Memancing dengan cousinku. Terus change of plan. Singgah ke batu bersurat untuk mencari umpan udang hidup. Tak disedari rupa-rupanya hari Ahad, kedai tersebut tak buka. Muka cousin saya mulai hampa.
"Tutupkah kadai nya? Laaa~ Ani bhapa tah kami ni? Soi eh~ Mo swimming nda dapat, mo ngail pun nda dapat."
Saya tersenyum saja.
"Bah ke the Mall saja kali eh."
Saya yang drive. Manalah saya mahu ke the Mall. Sanak jualah udah. Terus change location menuju ke Kianggeh.
"Eh eh, ke mana kan? The Mall bukan sini kali ah."
"Bali udang lah."
"Sini ada kan."
"Cuba saja tia."
Cousinku yang nda sabar pun terus bertanya pada orang yang ada di situ. Rupa-rupanya kami terlalu awal untuk mencari umpan udang hidup.
"Balum lagi lai~ Kami pun baru jua kan merambat ni."
"Ah~ Lama lagi kalau kami nunggu?"
"Ah wu lama lagi. Tapi lau kamu mahu kamu buleh cuba di Kastam sana. Sal ada jua orang kami tu di sana."
"Terima kasih ah~"
Tak tahulah sama ada lurus tempat yang kami tuju seperti yang diberitahu oleh uncle tersebut. Nampak2 ada orang plang merambat. Mahu tak mahu pun sudah sampai, lau balik pun macam rugi juga. Tanya sajalah, bukannya salah juga. Macam pemarah usul orang yang merambat ani.
"Erm~ Ada jual umpan udang hidup?"
"Memang lah dijual udang ani. Tapi alum lagi banyak ni."
"....." *senyum saja sambil meliat hasil yang diperolehi didalam baldi*
"Lau kamu mahu, di Kianggeh sana kamu, sana ada kali tu."
"Kami pun baru dari sana jua tu." *Senyum2*"
"Iakah? Oh~ sal udang di sini ani, durang punya jua tu. Brapa ringgit kamu mahu? $50?"
"Nadalah, atu banyak jua tu. Ckit saja kami mahu dalam dua ringgit saja."
"Owh~ Bah ambil foam mu kemari. Aku paham jua tu perasaan bila kan ngail nada umpan tu. Aku ani seorang pengail jua. Ambil tia semua."
"Terima kasih. Erm... Brapa tah semua ani ah. Labih 20 ekor plang ni."
"Cin Cai Cin Cai la~ satu ringgit saja."
Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Pertama kali, satu ringgit untuk dua puluh lebih ekor umpan udang hidup. Kebiasaanya satu ringgit untuk 10 ekor umpan undang hidup saja. Malam tu, kami ngail hingga jam kul 12 lebih pagi.
Sekarang saya NAK mejamur dulu baju ku, sebalum ku ke ofiz kerja hingga malam buta lagi. Maybe I need to bring NESCAFE with me 2nitez.
*SORRY my dear~ I'm not able to be let you know last nite, cause my handphone ran out of battery*




