Friday, October 17, 2008
Jam telah menunjukkan pukul 5 pagi, tetapi saya asyik menyakinkan diri yang bahawa masih lagi awal malam hari. Dikira-kira hampir seharian dah saya tak merehatkan diri saya. Bila saya nampak kawan saya yang tidur terlena di atas katilnya itu, barulah saya sedari yang saya belum tidur lagi.
Hari dah pun berganti dengan hari yang baru. Syurkurlah, saya masih berada di sini untuk menghadapi hari yang baru ini. Sekarang mata saya mula mengalami kesakitan. Mungkin sakit disebabkan melihat coding-coding yang beratus- ratusan dengan warna-warna yang agak hodoh. Ada kemungkinan juga sakitnya mata saya ini berpunca dari berhadapan lama laptop saya ini.
Saya ingin menyerah diri buat sekarang juga. Saya nak berehat~ Badan saya tak larat lagi untuk meneruskan kerja-kerja yang didepan saya ini. Rasa-rasa nak balik ke rumah berehat atas katil sendiri tetapi tak larat sudah. Tak mahu juga berlaku sesuatu yang tak diingini. Tidur~ Tidur~ Tidur~ Ini saja yang asyik bermain didalam pemikiran saya. Bagaikan fikiran saya telah diracuni. Tetapi tidak apalah, yang penting saya menepati janji yang saya buat pada kawan saya.
Mungkin akan mengambi satu jangka masa untuk saya tidur di sini. Maklumlah bukan katil diri saya sendiri. Lain rasanya walaupun di rumah kawan sendiri. Tetapi melihat keadaan saya sekarang ini, LANTAK ajelah. Saya nak rehat dengan secukup-cukupnya buat hari ini.
