Wednesday, February 18, 2009
Hari ini. Bangun pagi duduk termenung atas katil. Muka benggang semacam aje. Biasalah baru bangun, selimut pun tak ada dalam penglihatan. Tak tahu lah dah kena magic apa hilang begitu saja. Pandang kiri pandang kanan. Cuba mencari lagi....
Eh? Ini yang tak best ni. Kemana agaknya selimut ni? Malam mahu bertidur dengan apa plak? Tahu lah dah expose setengah tubuh, inikan tak ada selimut plak? Rasa bagaikan kena main-mainkan saja. Busit banar. Tanpa membuang masa, terus melangkah keluar dari bilik tidur.
"MANA PERGINYA SELIMUT AKU NI?" ARGHHH.... Mana-mana pun dicari dari pelusok bilik tidur hingga ke luar bilik tamu. Ambil detour ke dalam mesin pembasuh baju. Juga tak ada. Hampa melanda.
Membuat secawan nescafe panas walaupun hampa. Start your day with Nescafe. =) Duduk menikamti Nescafe yang panas lagi enak di dapur. Berdiri. Berjalan pelahan-lahan menuju pintu belakang rumah. Memulas tombol pintu. Bersantai di beranda rumah. Sambil menikmati udara segar, saya memandang ke tempat menjamur baju.
Alangkah indahnya sekali. Saya tersenyum lebar. Disitulah selimut saya bagaikan melambai-lambai pada saya ditiup angin disertai dengan sinaran matahari yang begitu menyenangkan. Itu selimut saya yang bersih lagi harum. Baru di cuci kali ah. Tahu ia malam ani, nyaman tidur ku ni.
Hehe =)
