Friday, August 22, 2008

Hari Ahad, macam biasa la kerja stangah hari.
Lepas kerja, masing-masing berkejar ke sana ke mari dengan agenda sendiri.
Takpelah, mata rabak ckit tapi kerja siap kira cool la!

Bat tak kerja hari ni. Nak habiskan cuti tahun katanya.

Ady dah selamat berpacaran. Maka tinggallah satu jiwa sepi yang duduk melayan diri menghibur hati. Walaupun durang tinggal serumah (lama gila la) tapi banyak yang Ady tak tahu pasal cerita dari dalam diri Bob.

Mana yang Bob suka rela nak cerita, Ady dengarkan aje. Nak korek rahsia peribadi belum pernah terlintas dalam pikiran lagi. Garis sempadan masih lagi terkawal buat masa ini.

Jadi durang ni macam The Fellowship of The Ring daipada filem The Lord of The rings. Hidup dan jaga hak peribadi masing-masing. Hormat tapi tak terlalu mementingkan diri. Masih boleh d bawa berbincang.

Cuma satu yang tak pernah Bob buka cerita kat Ady. Love story nya. Mustahil sesangatlah kalau ia tu tak mahu hidup berpasangan seperti orang lain.

Gay? Heiii, nda bisai jua tuduh ia cam matu! Ia okey; Lelaki yang punya hati dan perasaaan walau kekadang cerita yang lepas elok juga kita kenang-kenangkan.

Begini ceritanya....

Itu je ke?
Berdiri lama kat sini untuk dengar itu saja kah, Yasmin?
Apa lagi yang Min mampu?
Tiga tahun tani berkawan, Yasmin. Bermakna kami dah bazirkan 1095 hari untuk sebuah kesudahan yang tak berkemanusiaan ni, Min. Saya tak pernah menyesal kenal dengan awak dan saya tak kata hubungan ni sia-sia belaka tapi....
Orang lain pulak pandai-pandai buat satu kesimpulan yang selama tiga tahun penuh makna ini hanya dogengan semata!
Dashyat betul manusia ini....
Dia ayah saya, Bob.
Sepatutnya dia lebih matang dengan gelaran 'ayah' itu....
Min bukan nak menangkan dia tapi..... *mengeluh*
Sebagai lelaki, Min tahu Bob paham kan?
Lebih dari paham.
Jangan bencikan Yasmin. Please.....
Saya tak pernah bencikan orang tapi orang yang tak pasal-pasal mahu campak benci kat saya. Cubalah kita di beri peluang. Hidup ni panjang lagi. Dia pun bukan terus jadi senanag cam sekarang.
Proses kehidupan tu kan bertangga? Mana yang datang atas kalau tak ada bawahnya? Boleh gitu kan?
Mungkin dia lupa..... Mungkin dia terus tua waktu dilahirkan ke dunia. Terus mewah segalanya. Terus turun emas dan permata tanpa tahu kurniaan siapa....
Jangan kasar macam tu, Bob.
Harus!
Supaya tahu yang kita punya harga diri yang masih teguh!
Lelaki mana yang sanggup melihat 'cintanya' dicintai oleh orang lain?
*menangis* Cukuplah tu, Bob~ Bob nak kita kahwin lari ke?
..........................................
Tak!

0 Comments:

Post a Comment